Bahasa Melayu PT3

Panduan Ujian Lisan PT3 tahun 2015

Pelajar tingkatan 3 akan menduduki Ujian lisan pada bulan Ogos ini. IA terbahagi kepada dua peringkat iaitu :

1. Ujian Mendengar
2. Ujian Bertutur

Kita lihat satu persatu.

UJIAN MENDENGAR 

   Pada tahun 2015, calon PT3 akan menduduki Ujian pada 11 Ogos 2015. Waktu bermula ujian akan ditetapkan oleh sekolah masing-masing. Ujian akan berlangsung selama 30 minit sahaja. Perkara yang diuji sudah tentulah pendengaran calon. Sebab itu dinamakan Ujian Mendengar.

Calon akan mendengar rakaman audio yang dipasang untuk mengetahui maklumat yang akan digunakan untuk menjawab soalan yang diberi. Jangan risau. Soalan sudah disediakan dan diedarkan kepada semua calon masa ujian tersebut. Yang mustahaknya ialah mendengar maklumat yang akan mengandungi jawapan bagi soalan yang dikemukakan.

Bagaimana pula jika anda kurang dengar maklumat tersebut.? Usah risau. Ia akan diulang sekali lagi. Ini akan membantu pelajar membuat revisi akan jawapan yang ditulis.

Kesukaran Soalan.? jangan risau. Soalan hanya yang biasa. Di sini lebih kepada fokus mendengar. Oleh itu, dengar betul-betul. Pengalaman cikgu, hampir semua calon tidak dapat menjawab penuh dengan tepat. Selalunya salah satu atau dua. Penelitian maklumat yang diberi amatlah perlu.

Ok. Selamat Mendengar.

UJIAN BERTUTUR

Pada tahun 2015 ini, ujian bertutur akan berlangsung mulai 4 Ogos sehingga 28 Ogos 2015. Sekolah boleh melakukan ujian itu mengikut kesesuaian masa tersendiri. Oleh itu, sila rujuk pihak sekolah anda atau lebih tepat guru Bahasa Melayu kelas anda sebab dia sendiri akan menjalankan ujian tersebut.

Bagaimana ia berlangsung.? Ujian bertutur ini mengkehendaki anda bercakap dengan tema yang diberikan mengikut masa lebih kurang 2 sehingga 3 minit setiap seorang. Calon akan diberi kumpulan seramai 4 orang sekumpulan untuk membicarakan tentang tema yang dberikan.

Pemarkahan akan diberikan berdasarkan 4 perkara iaitu :

1. Tatabahasa
2. Fasih dan bermakna
3. Nada dan intonasi
4..

Markah penuh ada 30% dan digredkan kepada gred A, B, C, D, E dan F.

Kesimpulannya, sila bercakap sebagai penutur jati untuk memperolehi A. Semoga berjaya,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan