Salam.
Hari ini Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 58. Tapi setelah penyelarasan dibuat, maka kerajaan menetapkan bahawa tahun ini tiada lagi sambutan ulangtahun. Ianya ditukar kepada sambutan Hari kebangsaan tahunan.
Dengan Tema 'Sehati Sejiwa' , maka diharapkan negara kita ini akan terus maju walaupon mengharungi cabaran yang sungguh besar.
Ayuh semua. MERDEKA>>>MERDEKA>>MERDEKA>>>.....
Isnin, 31 Ogos 2015
Sabtu, 22 Ogos 2015
Kelas PdP Abad 21
Salam.
Semoga ceria selalu. Hari ini terasa nak bercerita tentang perkara ini pulak. Bukan apa. Semasa menghantar anak ke klinik Gigi Dr Suhaila di Bandar Jerantut tadi, kawan membaca Harian Metro. Salah satu ruangan yang menarik minat adalah berkenaan Kelas PdP Abad 21.
Apa sebenarnya kelas pdp abad 21 ini..?
Pada saya, ia adalah program atau tuntutan kepada para pendidik untuk lebih inovatif dan membuat perubahan kaedah pengajaran agar lebih ke hadapan sejajar abad ke 21 . Dalam keadaan lebih mudahnya, segala-galanya berasaskan abad 21.
Jadi kenapa abad 21.? Bukannya mendahului zaman terus menerokai abad ke 22?. Walaupon itu yang sangat menarik untuk difikirkan, ada kalanya, kena terpijak di bumi yang nyata. Teringat saya bila waktu kecil dahulu sewaktu menonton tv cerita Beyond 2000. Cerita mengenai kereta terbang amat mengkagumkan. Bagaimana rupanya kereta itu? Cepat ia boleh pergi ke satu tempat yang jauh tanpa ada sebarnag halangan?. Tapi sekarang 2015 masih tiada lagi kereta boleh terbang. Prototaip kereta terbang sudah ada tapi masih banyak perkara perlu diatasi sebelum ia boleh dikemerosialkan.
Berbalik kita kepada pdp abad 21 ini. Sekarang iltizam KPM menerusi jabatan negeri dan PPD merasakan agar semua guru mula menggunakan kaedah ini. Jika menggunakan kaedah baru ini, diharapkan pdp itu akan semakin menarik. Testimonial yang diberikan bercorak sedemikian. Semuanya berjaya.
Pada saya, ini merupakan kaedah yang bagus. Malah patut ia dibuat lam dahulu. Corak kaedah sebenarnya saya belum mendalami. walaupon sudah beberapa kali dibimbing dan dipantau oleh pihak pentadbir dan pegawai PPD, ia masih belum mencapai apa yang disasarkan , Mungkin saya patut mulai mengkaji kaedah ini untuk lebih kemajuan kepada semua anak didik seperti sasran semua pihak. Amin.

Khamis, 13 Ogos 2015
Tips Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 2015 SPM 2016
Salam.
Semalam cikgu baru balik dari seminar pemantapan Guru Prinsip Perakauanan Daerah Maran yang diadakan di SMK Jengka Pusat 2. Banyak ilmu baru dan terkini diperolehi daripada tuan penceramah yang berpengalaman. Info ilmu berkenaan cikgu akan tulis dilain kali.
Disamping seminar itu, cikgu juga terlibat dengan taklimat terbaru berkenaan kerja kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 yang baru dikeluarkan awal Ogos 2015 ini. Ia adalah lanjutan daripada apa yang diberi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu panduan Pelaksanaan Dan penilaian Projek Prinsip Perakaunan kertas 3 ini.
Sebelum itu, cikgu nak maklumkan bahawa info yang cikgu berikan ini hanya untuk kegunaan negeri Pahang sahaja. Bagaimana negeri-negeri lain pula.? Info itu bergantung kepada ketua pentaksir Negeri masing-masing. Walaubagaimanapon jangan risau. Asalkan anda siapkan kerja kursus ini, tiada masalah untuk anda. Yang lebih bagus, sila rujuk kepada guru anda masing-masing sebab mereka sendiri yang akan menanda dan taksir kerja anda. Sudah tentulah pendapat mereka lebih pentingkan?
Antara info yang diberikan adalah seperti berikut :
1) Mulai sekarang, semua calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan wajib membuat kerja kursus ini. Tiada pengecualian lagi. Maknanya jika anda tidak membuatnya, maka tidak perlulah mendaftar mata pelajaran Prinsip Perakaunan untuk SPM tahun depan.
2) Pastikan calon menjawab soalan yang diberikan. Antara yang ditekankan adalah anda kena menjual barang keperluan 'PEJABAT" . bukan barang perniagaan biasa. Tidak kiralah anda memilah jenis perniagaan apa sekalipon, yang penting barang yang dijual mestilah barang keperluan pejabat.
Sebagai contoh, anda memilih kedai perabot, maka tidak sesuai menjual tilam dan katil . Contoh barang yang sesuai adalah meja dan kerusi.
3) Seeloknya bilangan barang yang dijual antara 3 hingga 5 jenis barang sahaja. Lebih pon boleh seperti para pelajar cikgu yang buat antara 5 -8 barang, tapi itu yang disarankan. Tujuan kerja kursus ini adalah untuk asas penyediaan sebenar dokumen sahaja. Itu terpulang kepada anda dan guru anda.
4) Status perniagaan : meneruskan perniagaan. Jangan lupa yer.
5) Tempoh perakaunan : 1 tahun ( 1 Jan 2015 - 31 Dec 2015 - pilih sendiri tempohnya, janji cukup setahun dan dalam tahun semasa (2015))
6) Tempoh Rekod : 1 bulan ( kena pilih mulai bulan Ogos 2015 - juga pilih sendiri bulannya)
7)Stok : kena sediakan sendiri jumlah awalnya dan tele dengan kad stok.
8) Modal ; juga kena tele dengan jumlah awal baki perniagaan termasuklah stok . Pengiraan modal ii hendaklah ditunjukkan tidak kira cara apa kira matematik mahupon jurnal am. Cikgu sarankan buat jurnal am.
9) Komponen Kos Jualan yang bilangan urusniaga 5 hendaklah terdiri dari Belian kredit, Belian tunai, Pulangan belian dan mana-mana 2 dari 3 item lain (angkutan masuk, duti atas belian, insuran atas belian)
10) Komponen Pembayaran : minima 3 urusniaga berkaitan pemiutang dan min satu belanja (semestinya bayar gaji pekerja RM1,300.00)
11)Komponen penerimaan pula, antara contoh item hasil adalah seperti servis barang (photostat), sewa mesin air depan kedai, sewa lori, sewa sebahagian premis. Dokumen yang sesuai cikgu cadangkan adalah memo atau resit rasmi salinan.
12) Catatan kontra pula, di item pengeluaran tunai untuk kegunaan sendiri .. itu membawa maksud kegunaan perniagaan. bukannya guna untuk diri sendiri. itu ambilan pula. Bila anda buat ini nanti , pastikan pada tarikh berkenaan , didalam bank , ada sejumlah wang yang mencukupi. Maklumlah kita memulakan perniagaan dengan overdraf bank RM800. Hati-hati yer.
13) Penggunaan diskaun niaga tidak diwajibkan. tak buat pon tiada masalah. Tapi cikgu wajibkan para pelajar cikgu buat, Persediaan untuk tahun depan dan latihan terus peperiksaan nanti. Apa salahnya tahukan..
14) dokumen yang ditaip hendaklah satu muka surat bagi satu dokument. Jangan kedekut sangat.
15)Pelajar dikehendaki membuat lampiran draf asal penulisan kerja kurus dan soalan sekali. Ini untuk memastikan memang pelajar yang buat sendiri. Tidak perlu banyak sekadar 10 helai cukup. Boleh yang tulis tangan mahupon komputer.
Itu sahaja yang cikgu sempat catatkan . Rasa semua dah terangkum di dalam ini. Tak tahu ler ada yang tertinggal atau berbeza. Apapun rujuk guru and masing-masing.
Bagi elemen penggunaan komputer, setiap calon kenalah buat sepenuhnya menggunakan komputer tidak kira perisian mana anda guna. Pelajar cikgu bercampur guna Word atau Excel. Janji komputer.
Jika dah siap tetapi mahu betulkan kesilapan yang dibuat, sama ada buat penuh satu muka surat dan kemudian lampirkan atau hanya potong dan tulis dengan pen sahaja jika sedikit sangat. Setakat 3 atau 4 potongan kesalahan, rasa cikgu masas mengikut kehendak elemen penilaian.
ok. Rasa setakat itu sahaja untuk kali ini. Kalau siap draf awal jawapan, cikgu akan postkan di sini .

Isnin, 10 Ogos 2015
Jambori Pahang 2015 Sempena Ulangtahun 105 Pengakap Pahang
Salam semua.
Bermula Jumaat lepas (7 Ogos -12 Ogos 2015), Persekutuan Pengakap Pahang menganjurkan Jambori Pahang bersempena Ulang tahun 105 penubuhan Pengakap Pahang. Rupanya sudah lama pengakap Pahang ni.. Awal 1900 an lagi.. Semangat betul anggota pengakap..
Sebagai seorang anggota pengakap, cikgu sudah semestinya menyertai jambori ini. Kali terakhir berjambori adalah semasa 2014 iaitu Jambori Antarabangsa Perak di Teluk Batik. Pelbagai pengalaman dalam ditimba.
Memandangkan waktu ini, keadaan kesihatan cikgu masih kurang memuaskan, maka cikgu tidak boleh menyertai kawan-kawan beserta anak murid yang lain dari sekolah-sekolah daerah Maran ke jambori ini... Apakan daya, kesihatan diri lebih penting.
Semoga rakan-rakan semua bergembira disamping selamat menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.
Tahniah semua.

Panduan Ujian Lisan PT3 tahun 2015
Panduan Ujian Lisan PT3 tahun 2015
Pelajar tingkatan 3 akan menduduki Ujian lisan pada bulan Ogos ini. IA terbahagi kepada dua peringkat iaitu :
1. Ujian Mendengar
2. Ujian Bertutur
Kita lihat satu persatu.
UJIAN MENDENGAR
Pada tahun 2015, calon PT3 akan menduduki Ujian pada 11 Ogos 2015. Waktu bermula ujian akan ditetapkan oleh sekolah masing-masing. Ujian akan berlangsung selama 30 minit sahaja. Perkara yang diuji sudah tentulah pendengaran calon. Sebab itu dinamakan Ujian Mendengar.
Calon akan mendengar rakaman audio yang dipasang untuk mengetahui maklumat yang akan digunakan untuk menjawab soalan yang diberi. Jangan risau. Soalan sudah disediakan dan diedarkan kepada semua calon masa ujian tersebut. Yang mustahaknya ialah mendengar maklumat yang akan mengandungi jawapan bagi soalan yang dikemukakan.
Bagaimana pula jika anda kurang dengar maklumat tersebut.? Usah risau. Ia akan diulang sekali lagi. Ini akan membantu pelajar membuat revisi akan jawapan yang ditulis.
Kesukaran Soalan.? jangan risau. Soalan hanya yang biasa. Di sini lebih kepada fokus mendengar. Oleh itu, dengar betul-betul. Pengalaman cikgu, hampir semua calon tidak dapat menjawab penuh dengan tepat. Selalunya salah satu atau dua. Penelitian maklumat yang diberi amatlah perlu.
Ok. Selamat Mendengar.
UJIAN BERTUTUR
Pada tahun 2015 ini, ujian bertutur akan berlangsung mulai 4 Ogos sehingga 28 Ogos 2015. Sekolah boleh melakukan ujian itu mengikut kesesuaian masa tersendiri. Oleh itu, sila rujuk pihak sekolah anda atau lebih tepat guru Bahasa Melayu kelas anda sebab dia sendiri akan menjalankan ujian tersebut.
Bagaimana ia berlangsung.? Ujian bertutur ini mengkehendaki anda bercakap dengan tema yang diberikan mengikut masa lebih kurang 2 sehingga 3 minit setiap seorang. Calon akan diberi kumpulan seramai 4 orang sekumpulan untuk membicarakan tentang tema yang dberikan.
Pemarkahan akan diberikan berdasarkan 4 perkara iaitu :
1. Tatabahasa
2. Fasih dan bermakna
3. Nada dan intonasi
4..
Markah penuh ada 30% dan digredkan kepada gred A, B, C, D, E dan F.
Kesimpulannya, sila bercakap sebagai penutur jati untuk memperolehi A. Semoga berjaya,

Ahad, 9 Ogos 2015
Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 SPM 2016
Salam semua..
Tiba untuk menulis sikit..
Sekarang iaitu mulai 1 Ogos 2015 sehingga 30 September 2015 , para pelajar yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan akan mula membuat kerja kursus I iaitu di Tingkatan 4.
Soalan kerja kursus boleh dimuaturunkan di SINI. Juga disertakan panduan penilaian kerja kursus yang mana amat membantu para pelajar untuk menyiapkan tugasan ini.
Cikgu mengharapkan agar semua pelajar mulai membuat kerja kursus mengikut Jadual Pelaksanaan Projek agar tidak terlepas dari tarikh yang ditetapkan. Anggaplah kerja kursus ini sebahagian dari kerja rumah saban hari.
Kepentingannya ialah bila pelajar dapat menyiapkan dengan cemerlang mengikut kehendak soalan, anda akan memperolehi 10% markah awal untuk Subjek Prinsip Perakaunan bila SPM 2016 berlangsung tahun depan. Fikirkan anda sudah comfirm markah SPM anda. Seronok bukan.?
Oleh itu, buatlah bersungguh-sungguh. Jika kurang faham atau tidak tahu apa yang perlu dibuat, bertanyalah guru masing-masing. Ataupon boleh berhubungan dengan pelajar Tingkatan 5 sekarang kerana corak soalan adalah hampir serupa. Tapi jangan kerap sangat menganggu mereka. Biarlah mereka fokus untuk SPM 2015 yang tidak lama lagi.
Semoga berjaya

Selamat Datang Kembali....Inilah Dunia Pendidikan KU...!
Alhamdulillah..
Tercapai juga hasrat kawan untuk membina blog kedua selepas blog ini khas untuk anak-anak kawan.. Setelah sekian lama tidak aktif berblog rasa dekat 2 tahun lebih, tetiba terasa pagi Ahad ini mahu membaut blog kedua..
Sebenarnya memang kawan mahu membuat blog-blog atas nama anak-anak kawan. Adriani sudah, Kini Adzmey pula manakala Adelia nanti bilakah giliran dia pulak..mungkin untuk Bisnes kot..Banyak jugak ..homestay lagi, printing lagi, publishing lagi..Tengok dulu ler..
Memandangkan blog Adriani sudah tidak fokus kepada apa yang dihasrat walaupon hit mencecah 70,000++ views.( terima kasih semua).. Rasanya kawan akan fokus untuk blog ini.. Dari hati kawan, inilah blog blog untuk kerjaya kawan iaitu pendidikan.
Mulanya nak buat blog Prinsip Perakaunan yang memang major kawan tetapi ingin juga berkongsi untuk subjek Bahasa Melayu khasnya PT3 yang menjadi kekuatan kawan dan bidang yang kawan minati Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Itulah kawan. Minat macam macam... Takut tiada masa khas untuk menulis blog sahaja.. Itu sebabnya blog adriani terhenti selama 2 tahun lebih.. Maleh.hee.
Rasa cukuplah coretan untuk pertama kali ini.. Nanti lebih ada masa terluang akan kemaskini blog ini.. Terima kasih semua..

Langgan:
Ulasan (Atom)