Salam.
Semoga ceria selalu. Hari ini terasa nak bercerita tentang perkara ini pulak. Bukan apa. Semasa menghantar anak ke klinik Gigi Dr Suhaila di Bandar Jerantut tadi, kawan membaca Harian Metro. Salah satu ruangan yang menarik minat adalah berkenaan Kelas PdP Abad 21.
Apa sebenarnya kelas pdp abad 21 ini..?
Pada saya, ia adalah program atau tuntutan kepada para pendidik untuk lebih inovatif dan membuat perubahan kaedah pengajaran agar lebih ke hadapan sejajar abad ke 21 . Dalam keadaan lebih mudahnya, segala-galanya berasaskan abad 21.
Jadi kenapa abad 21.? Bukannya mendahului zaman terus menerokai abad ke 22?. Walaupon itu yang sangat menarik untuk difikirkan, ada kalanya, kena terpijak di bumi yang nyata. Teringat saya bila waktu kecil dahulu sewaktu menonton tv cerita Beyond 2000. Cerita mengenai kereta terbang amat mengkagumkan. Bagaimana rupanya kereta itu? Cepat ia boleh pergi ke satu tempat yang jauh tanpa ada sebarnag halangan?. Tapi sekarang 2015 masih tiada lagi kereta boleh terbang. Prototaip kereta terbang sudah ada tapi masih banyak perkara perlu diatasi sebelum ia boleh dikemerosialkan.
Berbalik kita kepada pdp abad 21 ini. Sekarang iltizam KPM menerusi jabatan negeri dan PPD merasakan agar semua guru mula menggunakan kaedah ini. Jika menggunakan kaedah baru ini, diharapkan pdp itu akan semakin menarik. Testimonial yang diberikan bercorak sedemikian. Semuanya berjaya.
Pada saya, ini merupakan kaedah yang bagus. Malah patut ia dibuat lam dahulu. Corak kaedah sebenarnya saya belum mendalami. walaupon sudah beberapa kali dibimbing dan dipantau oleh pihak pentadbir dan pegawai PPD, ia masih belum mencapai apa yang disasarkan , Mungkin saya patut mulai mengkaji kaedah ini untuk lebih kemajuan kepada semua anak didik seperti sasran semua pihak. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan