Jumaat, 18 September 2015

Persediaan Akhir sempena PT3 tahun 2015 : TIPS KHAS UNTUK ANDA.

Salam dan selamat pagi semua.

Pagi ini adalah hari terakhir sebelum semua pelajar sekolah umumnya dan calon PT3 khasnya akan mula bercuti selama seminggu bermula 19 September 2015 sehingga 27 September 2015. Cuti seminggu ini bersempena Cuti pertengahan Penggal kedua Persekolahan Tahun 2015 dan kebetulan pula serentak dengan Cuti Hari Raya Aidiladha yang akan disambut oleh semua umat Islam pada 24 & 25 September 2015 ini.

Barangkali, cuti sesuatu perkara yang menggembirakan bagi kebanyakan pelajar. Tidak terkecuali calon-calon PT3. Setelah belajar bertungkus lumus semenjak Cuti pertengahan Tahun di bulan Jun dan cuti Hari Raya Aidilfitri tempoh hari, maka inilah masa untuk berehat sebentar.

Calon PT3 khususnya sebenarnya mempunyai hanya 3 minggu sahaja lagi atau lebih tepat 22 hari sahaja lagi untuk menduduki Penilaian Tingkatan 3 (PT3) ini. Sudahkah anda semua bersedia. Bagi semua calon, anda sebenarnya sudah menghabiskan 4 subjek untuk PT3 ini. Subjek-subjek itu adalah Geografi, Sejarah yang keduanya membuat kerja kursus manakala  2 subjek lain yang sudah selesai penilaian ini adalah Bahasa Melayu Lisan dan Bahasa Inggeris Lisan. Markah-markah yang calon PT3 perolehi sudah dianalisa dan dinilai oleh pegawai dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Sekarang markah calon akan diverifikasikan oleh Jawatankuasa Verifikasi skor peringkat sekolah sebelum dimasukkan markah secara online terus ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Sekarang, calon hanya perlu fokus kepada 6 subjek sahaja lagi untuk ujian bertulis PT3 iaitu :

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Ingggeris
3. Pendidikan Islam /Pendidikan Moral
4. Matematik
5. Sains
6. KHB (pilihan KT/ERT/SPT/PD)
7. Bahasa Arab Komunikasi (pilihan KAA)


Semua itu  akan dihabiskan oleh calon-calon PT3 bermula 12 Oktober 2015 (Isnin) sehingga 15 Oktober 2015 (Khamis) .

Bagi pelajar atau calon PT3 yang bersedia awal khas untuk menghadapi penilaian ini tentu sentiasa tenang dan yakin akan persiapan yang dilakukan. Pelbagai soalan yang dibuat yang diberikan oleh guru dan dari buku-buku latihan yang banyak di pasaran.

TIPS GURU :
Tips cikgu untuk semua calon PT3 tahun 2015, kali ini corak soalan adalah ke arah KBAT. Soalan yang ditanya bukan sekadar yang seperti biasa yang anda lakukan. Selama 3 tahun anda semua membuat latihan biasa. Cuma anda kurang didedahkan corak-corak soalan KBAT. Ini kerana penyedia buku latihan membuat bahan berasaskan corak soalan penilaian lepas.

Jika anda pelajar cemerlang rasanya anda tiada masalah untuk menjawab walaupon rasanya soalan mungkin aras tinggi. Ini kerana soalan yang dikemukakan sebagai soalan PT3 telah diiktiraf sesuai dengan keupayaan anda sebagai calon PT3. Cuma yang menjadi kebimbangan cikgu, bagaimana anda semua hendak menjawab soalan yang jarang anda membuat latihan.

Cikgu sedang berusaha untuk mencari soalan-soalan KBAT ini tetapi cikgu dapati amat kurang soalan sebegini. Maka mungkin masalah itu akan diatasi dengan dua cara. Pertama, cikgu sendiri akan membentuk soalan-soalan KBAT itu. Kedua, menunggu dengan sabar dan harapan agar sumber utama cikgu akan mengeluarkan soalan KBAT untuk minggu-minggu terakhir ini.

Cikgu amat mengharapkan sumber kedua itu kerana kekangan waktu dan kesibukan lain. Jadi yang pertama itu, cikgu cuba berusaha juga. Tidak dapat penuh, sebahagian soalan yang dapat dibuat sudah boleh rasanya. Tengok keadaan. Jika cikgu membuatnya , cikgu akan maklumkan di blog ini. Jadi, lawati selalu untuk mengetahui pekembangannya. Mungkin komentar anda dibawah membuat semangat cikgu berkobar-kobar untuk menyiapkannya. Amin.

Jumpa lagi semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan