salam.
Berikut adalah senarai bahan-bahan untuk kem lencana PKK. Boleh download dan siapkan awal di sekolah. Pastikan pelajar siap buku log masing-masing sebelum menghadiri kem nanti. ok
Borang Daftar Peserta Kem Lencana
Keris Gangsa
Keris Perak
keris Emas
Jadual Kem
Keperluan Perkhemahan
Peraturan Kem
Senarai JK
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selain itu, berikut adalah borang-borang yang digunakan sebagai pengurusan dan pentadbiran kumpulan masing-masing di sekolah..
Borang untuk Pendaftaran Kumpulan (Sekolah)
Borang Permohonan Tauliah Sebagai Pemimpin
Borang ini perlu diisi oleh semua guru pengakap di sekolah. Sila download, lengkapkan dan hantar ke pengakap daerah untuk dimajukan ke pengakap negeri
Borang Permohonan Tauliah Sebagai Pen Pesuruhjaya
Borang ini perlu diisi oleh bakal penolong Pesuruhjaya Daerah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Borang Penilaian Calon Manikayu 2 bit - Lawatan
Borang Permohonan Manikayu 2 Bit
Kedua-dua borang ini adalah untuk mereka yang ingin memohon manikayu 2 bit setelah selesai mengikut kursus manikayu. Sila lengkapkan borang tersebut dan hantar kepada urusetia kursus atau pengakap daerah masing-masing. Lengkapkan sekali dengan gambar baju uniform pengakap berukuran passport
..
Dunia Pendidikan Ku
Segala Info Pendidikan yang aku tahu.
Selasa, 18 April 2017
Rabu, 22 Mac 2017
Ujian Lisan BM & BI PT3 2017
salam.
Ujian Lisan untuk 2017 akan bermula secara rasmi pad 3 April sehingga 30 April 2017. Oleh itu, para calon dan guru dinasihatkan untuk bersedia lebih awal untuk menghadapi ujian lisan ni. Para guru akan diberi taklimat berkenaan ujian ini selepas cuti pertengahan penggal 1 ini..
Selamat berjuang dan semoga berjaya...

Ahad, 11 Oktober 2015
Selamat Berjaya semua calon PT3 tahun 2015.
Salam.
Esok 12 Oktober 2015 , semua pelajar yang mendaftar PT3 akan menduduki penilaian itu bermula jam 8.00 pagi. Cikgu ucapkan selamat berjaya semoga usaha yang diberikan berbaloi dengan keputusan yang cemerlang.
Amin. Pendek sahaja kali ni..

Jumaat, 18 September 2015
Persediaan Akhir sempena PT3 tahun 2015 : TIPS KHAS UNTUK ANDA.
Salam dan selamat pagi semua.
Pagi ini adalah hari terakhir sebelum semua pelajar sekolah umumnya dan calon PT3 khasnya akan mula bercuti selama seminggu bermula 19 September 2015 sehingga 27 September 2015. Cuti seminggu ini bersempena Cuti pertengahan Penggal kedua Persekolahan Tahun 2015 dan kebetulan pula serentak dengan Cuti Hari Raya Aidiladha yang akan disambut oleh semua umat Islam pada 24 & 25 September 2015 ini.
Barangkali, cuti sesuatu perkara yang menggembirakan bagi kebanyakan pelajar. Tidak terkecuali calon-calon PT3. Setelah belajar bertungkus lumus semenjak Cuti pertengahan Tahun di bulan Jun dan cuti Hari Raya Aidilfitri tempoh hari, maka inilah masa untuk berehat sebentar.
Calon PT3 khususnya sebenarnya mempunyai hanya 3 minggu sahaja lagi atau lebih tepat 22 hari sahaja lagi untuk menduduki Penilaian Tingkatan 3 (PT3) ini. Sudahkah anda semua bersedia. Bagi semua calon, anda sebenarnya sudah menghabiskan 4 subjek untuk PT3 ini. Subjek-subjek itu adalah Geografi, Sejarah yang keduanya membuat kerja kursus manakala 2 subjek lain yang sudah selesai penilaian ini adalah Bahasa Melayu Lisan dan Bahasa Inggeris Lisan. Markah-markah yang calon PT3 perolehi sudah dianalisa dan dinilai oleh pegawai dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Sekarang markah calon akan diverifikasikan oleh Jawatankuasa Verifikasi skor peringkat sekolah sebelum dimasukkan markah secara online terus ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Sekarang, calon hanya perlu fokus kepada 6 subjek sahaja lagi untuk ujian bertulis PT3 iaitu :
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Ingggeris
3. Pendidikan Islam /Pendidikan Moral
4. Matematik
5. Sains
6. KHB (pilihan KT/ERT/SPT/PD)
7. Bahasa Arab Komunikasi (pilihan KAA)
Semua itu akan dihabiskan oleh calon-calon PT3 bermula 12 Oktober 2015 (Isnin) sehingga 15 Oktober 2015 (Khamis) .
Bagi pelajar atau calon PT3 yang bersedia awal khas untuk menghadapi penilaian ini tentu sentiasa tenang dan yakin akan persiapan yang dilakukan. Pelbagai soalan yang dibuat yang diberikan oleh guru dan dari buku-buku latihan yang banyak di pasaran.
TIPS GURU :
Tips cikgu untuk semua calon PT3 tahun 2015, kali ini corak soalan adalah ke arah KBAT. Soalan yang ditanya bukan sekadar yang seperti biasa yang anda lakukan. Selama 3 tahun anda semua membuat latihan biasa. Cuma anda kurang didedahkan corak-corak soalan KBAT. Ini kerana penyedia buku latihan membuat bahan berasaskan corak soalan penilaian lepas.
Jika anda pelajar cemerlang rasanya anda tiada masalah untuk menjawab walaupon rasanya soalan mungkin aras tinggi. Ini kerana soalan yang dikemukakan sebagai soalan PT3 telah diiktiraf sesuai dengan keupayaan anda sebagai calon PT3. Cuma yang menjadi kebimbangan cikgu, bagaimana anda semua hendak menjawab soalan yang jarang anda membuat latihan.
Cikgu sedang berusaha untuk mencari soalan-soalan KBAT ini tetapi cikgu dapati amat kurang soalan sebegini. Maka mungkin masalah itu akan diatasi dengan dua cara. Pertama, cikgu sendiri akan membentuk soalan-soalan KBAT itu. Kedua, menunggu dengan sabar dan harapan agar sumber utama cikgu akan mengeluarkan soalan KBAT untuk minggu-minggu terakhir ini.
Cikgu amat mengharapkan sumber kedua itu kerana kekangan waktu dan kesibukan lain. Jadi yang pertama itu, cikgu cuba berusaha juga. Tidak dapat penuh, sebahagian soalan yang dapat dibuat sudah boleh rasanya. Tengok keadaan. Jika cikgu membuatnya , cikgu akan maklumkan di blog ini. Jadi, lawati selalu untuk mengetahui pekembangannya. Mungkin komentar anda dibawah membuat semangat cikgu berkobar-kobar untuk menyiapkannya. Amin.
Jumpa lagi semua.

Selasa, 8 September 2015
Moderasi dan Verifikasi item PT3 tahun 2015
Salam.
Sekarang cikgu agak sibuk menjalankan tugas seharian memandangkan PT3 tidak lama lagi. Semua sekolah sedang didatangi oleh pentaksir kawasan untuk membuat moderasi bagi ujian mendengar Bahasa Melayu bermula 1-4 September 2015. Harap tiada masalah yang timbul.
Mulai 7-11 September 2015, verifikasi terhadap kertas bercetak juga dijalankan oleh pihak pentaksir kawasan. Nampaknya pihak pentaksir agak sibuk seminggu dua ini. Tahniah kepada mereka demi menjalankan tugasan dan amanah yang diberikan .
Itu sahaja untuk kali ini.

Isnin, 31 Ogos 2015
Selamat Hari Kebangsaan 2015 Malaysiaku..
Salam.
Hari ini Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 58. Tapi setelah penyelarasan dibuat, maka kerajaan menetapkan bahawa tahun ini tiada lagi sambutan ulangtahun. Ianya ditukar kepada sambutan Hari kebangsaan tahunan.
Dengan Tema 'Sehati Sejiwa' , maka diharapkan negara kita ini akan terus maju walaupon mengharungi cabaran yang sungguh besar.
Ayuh semua. MERDEKA>>>MERDEKA>>MERDEKA>>>.....

Sabtu, 22 Ogos 2015
Kelas PdP Abad 21
Salam.
Semoga ceria selalu. Hari ini terasa nak bercerita tentang perkara ini pulak. Bukan apa. Semasa menghantar anak ke klinik Gigi Dr Suhaila di Bandar Jerantut tadi, kawan membaca Harian Metro. Salah satu ruangan yang menarik minat adalah berkenaan Kelas PdP Abad 21.
Apa sebenarnya kelas pdp abad 21 ini..?
Pada saya, ia adalah program atau tuntutan kepada para pendidik untuk lebih inovatif dan membuat perubahan kaedah pengajaran agar lebih ke hadapan sejajar abad ke 21 . Dalam keadaan lebih mudahnya, segala-galanya berasaskan abad 21.
Jadi kenapa abad 21.? Bukannya mendahului zaman terus menerokai abad ke 22?. Walaupon itu yang sangat menarik untuk difikirkan, ada kalanya, kena terpijak di bumi yang nyata. Teringat saya bila waktu kecil dahulu sewaktu menonton tv cerita Beyond 2000. Cerita mengenai kereta terbang amat mengkagumkan. Bagaimana rupanya kereta itu? Cepat ia boleh pergi ke satu tempat yang jauh tanpa ada sebarnag halangan?. Tapi sekarang 2015 masih tiada lagi kereta boleh terbang. Prototaip kereta terbang sudah ada tapi masih banyak perkara perlu diatasi sebelum ia boleh dikemerosialkan.
Berbalik kita kepada pdp abad 21 ini. Sekarang iltizam KPM menerusi jabatan negeri dan PPD merasakan agar semua guru mula menggunakan kaedah ini. Jika menggunakan kaedah baru ini, diharapkan pdp itu akan semakin menarik. Testimonial yang diberikan bercorak sedemikian. Semuanya berjaya.
Pada saya, ini merupakan kaedah yang bagus. Malah patut ia dibuat lam dahulu. Corak kaedah sebenarnya saya belum mendalami. walaupon sudah beberapa kali dibimbing dan dipantau oleh pihak pentadbir dan pegawai PPD, ia masih belum mencapai apa yang disasarkan , Mungkin saya patut mulai mengkaji kaedah ini untuk lebih kemajuan kepada semua anak didik seperti sasran semua pihak. Amin.

Langgan:
Ulasan (Atom)